ENERVIVE ASSET LANCAR RHINO KV ARENA SHAH ALAM

ENERVIVE ASSET LANCAR RHINO KV ARENA SHAH ALAM

Selepas kejayaan membuka dua padang sintetik komersil di Kuala Lumpur dan Seremban, kini Rhino Arena mengorak langkah lebih jauh dengan mengumumkan lokasi padang baru. Enervive Assets melalui kerjasama dengan KV Arena telah memilih Shah Alam sebagai lokasi Rhino Arena yang ketiga.

Sebagai tanda Rhino KV Arena sudah dibuka secara rasmi pada umum, satu majlis pelancaran telah diadakan. Majlis tersebut berlangsung bermula jam 4:00 petang hingga jam 2.00 pagi dan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor.

 

 

 

 

 

 

 

Program yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan pemain dan peminat bola sepak sekaligus memberi mereka peluang merasai sendiri kehebatan padang sintetik.

Rhino KV Arena Shah Alam menyediakan dua padang yang mengikut standard Perseketuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Lokasi Rhino Arena yang baru ini juga menyediakan kemudahan asas seperti tempat duduk pemain dan penonton, tandas dan ruang parkir yang luas. Berbeza dengan Rhino Arena yang lain, Rhino KV Arena Shah Alam menyediakan menara penyiaran mini untuk kemudahan semua penyiar.

Pegawai Eksekutif Enervive Assests, Nizamuddin Hamid berkata, mereka belajar banyak pengajaran melalui Rhino Arena Kelab Sultan Sulaiman.

“Kandungan bola sepak sememangnya tinggi nilainya, termasuklah liga sosial. Baik liga sosial yang sangat kompetetif atau liga sosial yang santai di kalangan persatuan alumni.”

“Niat kami, untuk memastikan bola sepak boleh diakses oleh semua peringkat. Saya sentiasa percaya apabila kita bercakap tentang pembangunan bola sepak, ia takkan pernah meninggalkan komuniti di belakang. Pembangunan sukan adalah pembangunan yang boleh disertai oleh semua peringkat masyarakat.”

 

 

Bersempena dengan pembukaan Rhino KV Arena, pihak Enervive turut menganjurkan Pesta Bola Sepak Rhino. Acara yang disertai oleh 32 pasukan itu menyaksikan penyertaan kelab bola sepak amatur seperti Me’Lex, Setia Jaya FC, Tupai FC dan lain-lain.

Hadiah terkumpul sebanyak RM3000 menjadi rebutan semua pasukan. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh KV League, badan yang bertanggungjawab mengangkat taraf liga bola sepak di Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasukan bola sepak di sekitar Shah Alam boleh membuat tempahan Rhino KV Arena Shah Alam melalui talian 017-3825425. Slot padang dijual dengan harga serendah RM300 sahaja.