LIGA RHINO, LIGA BARU UNTUK SEMUA

Liga Rhino, Liga Baru Untuk Semua

Rhino Arena telah menganjurkan Liga Rhino iaitu sebuah liga sosial yang menghimpunkan pasukan-pasukan amatur di sekitar Kuala Lumpur dan juga Seremban, Negeri Sembilan. Tujuan Liga Rhino diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pasukan amatur dalam bersaing dengan lebih kompetitif bagi merebut hadiah yang ditawarkan. Selain itu, Liga Rhino juga menyediakan platform kepada setiap pemain yang beraksi untuk meningkatkan teknik dan skil dalam setiap perlawanan.

Untuk edisi 2019, Liga Rhino dibahagikan kepada dua iaitu Liga Rhino Seremban yang berlangsung di PBNS Rhino Arena Seremban dan Liga Rhino Lepas Moreh yang diadakan di Rhino Arena Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

 

 

 

 

 

 

 

Liga Rhino Seremban (LRS) menghimpunkan 12 pasukan amatur yang bukan sahaja dari Negeri Sembilan malah turut disertai oleh pasukan dari Sepang, Selangor. Antara pasukan yang terlibat termasuklah Drama FC, Jang’s Trooper, Nusa Intan Adigo & KKSR Galatikos akan bersaing menggunakan format liga. LRS telah pun bermula pada 15 April yang lalu dan dijangka berakhir pada 9 Ogos 2019. Kesemua pasukan ini bakal merebut hadiah utama iaitu wang tunai RM5,000.00 berserta pingat dan baucar Rhinoyang berjumlah RM1,000.00. Manakala naib juara & ketiga bakal menerima wang tunai RM3,000.00 & RM1,500.00 berserta pingat & baucar Rhino (naib juara).

 

Manakala di Rhino Arena Kelab Sultan Sulaiman, Liga Rhino Lepas Moreh (LRLM) yang telah pun berlangsung pada bulan Ramadhan yang lalu sehingga kini. LRLM yang menggunakan format liga ini hanya terhad kepada 8 pasukan sahaja kerana jangka masa liga agak singkat berbanding Liga Rhino Seremban. Pasukan seperti OSV.FT, Halusinasi, Bukit Bintang dan Boonchet FC akan bersaing bersama 3 lagi pasukan bagi merebut wang tunai RM3,500.00 berserta piala.