RHINO SOUTHEAST ASIA (RHINO SEA) BERSAMA PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN (PBNS) LANCAR JERSI MUSIM BAHARU

RHINO SOUTHEAST ASIA (RHINO SEA) BERSAMA PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN (PBNS) LANCAR JERSI MUSIM BAHARU

 

Selepas mengumumkan kerjasama bersama Rhino, PBNS bersama Rhino kini melancarkan jersi baharu bagi musim 2019 di Mydin Seremban 2.

 Jersi baharu tersebut didatangkan dengan tiga rekaan khas yang menarik. Memilih warna kuning hitam untuk tuan rumah, merah untuk perlawanan di tempat lawan dan putih untuk seragam ketiga.

 Pelancaran jersi baharu Skuad Jang tersebut telah disempurna oleh Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, dengan kehadiran para tetamu kehormat: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun, Presiden PBNS, Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Pengerusi Rhino SEA, Nizamuddin Hamid, dan Timbalan Presiden PBNS, Dr Razali Ab Malik.

 Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli jawatankuasa eksekutif PBNS , pihak pengurusan PBNS, pihak pengurusan Rhino, pemain pasukan Piala Presiden PBNS, pemain pasukan Piala Belia PBNS, bekas-bekas pemain PBNS dan para penyokong.

 “Kami berharap dengan kehadiran Rhino, dapat memantapkan lagi prestasi pasukan PBNS. Semoga jersi baharu ini menjadi pemangkin semangat kepada semua pemain seterusnya mereka boleh beraksi cemerlang di Liga Premier,” ujar Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Presiden PBNS.

 Pengerusi Rhino SEA, Nizamuddin Hamid berkata pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasukan kebanggaan Negeri Sembilan itu. Katanya lagi, jersi pasukan PBNS yang terbaharu itu dicipta untuk keselesaan pemain agar dapat mencapai prestasi maksimum.

 Majlis tersebut turut menyaksikan sesi memperkenalkan kesemua pemain PBNS untuk Liga Premier. Barisan pemain PBNS berdiri megah di pentas mengayakan seragam baru mereka semasa pelancaran.

 Waris dan Zizi Kirana turut bersama memeriahkan majlis terse but dengan persembahan bertenaga mereka.

 Penyokong Skuad Jang memberikan sambutan yang sangat baik kepada jersi terbaharu itu.

 Selepas majlis selesai, para penyokong terus boleh mendapatkan jersi itu di jerayawara jualan. Pihak Rhino akan mengumumkan kemudian di laman sosial mereka tentang cara pembelian jersi bagi penyokong yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut.